“Aku Minta Hutang Kena Block” – Individu Dakwa Disekat Datuk Red Lepas Minta Hutang RM40k

“Aku Minta Hutang Kena Block” – Individu Dakwa Disekat Datuk Red Lepas Minta Hutang RM40k


Perkongsian seorang individu di Threads menjadi perhatian apabila mendakwa dia disekat oleh usahawan Datuk Red selepas meminta semula hutangnya.

Menerusi hantaran tersebut, individu itu turut meminta isteri baru Datuk Red iaitu Rohanita untuk memaklumkan kepada suaminya untuk menghubunginya.

BACA: “Setiap Hari Dia Cakap ‘Abang Nak Bayar Hutang’, Korang…Masa Dia Dah Tak Lama” – Isteri Datuk Red

Dalam hantaran berkenaan individu itu mendakwa dia mahukan semula wangnya berjumlah RM40,000 serta menunjukkan paparan akaunnya telah disekat oleh Datuk Red.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan daripada Datuk Red mengenai dakwaan berkenaan.

Terdahulu, Rohanita berkata suaminya menyedari dirinya seorang bapa yang gagal dan ramai membencinya.

Kata Rohanita lagi, Datuk Red berkata dia malu untuk berkahwin dengannya namun usahawan itu berkata dia melihat usaha suaminya yang berusaha berniaga untuk membayar hutang.






Source link

OR

Scroll to Top