“Anak-Anak Saya Sangat Bertuah, Datuk Tiri Sanggup Galas Tanggungjawab” 

“Anak-Anak Saya Sangat Bertuah, Datuk Tiri Sanggup Galas Tanggungjawab” 


Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur di atas kehadiran bapa tirinya, Brigadier Jeneral Zainal Abidin yang juga disifatkan datuk terbaik buat dua anaknya.

Memetik Harian Metro, Shila berkata ibunya iaitu Fauziah Sarman disifatkan seorang yang hebat dan bapa tirinya melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.

BACA: Shila Amzah Tulis Lagu Baru Tentang Bapa Tak Bertanggungjawab

“Mak saya hebat dan ayah tiri pula sangat menakjubkan, itu sahaja apa yang saya boleh katakan. Buat masa ini, mereka adalah satu-satunya susuk datuk nenek untuk anak-anak, Seth dan Rhea,” katanya.

Sementara itu, Shila berkata anak-anaknya beruntung mempunyai nenek dan datuk yang penyayang. Malah, ibu dan bapa tirinya juga turut menjadi ibu bapa Ubai.

“Anak-anak saya sangat bertuah memiliki datuk tiri yang sanggup menggalas tanggungjawab itu (sebagai datuk). Malah, kediaman mereka cuma 10 minit sahaja daripada rumah kami.

“Mak dan bapa tiri saya sedang menjadi ibu bapa untuk saya serta Ubai, memandangkan dia pun sudah tiada mak. Jadi, sekarang ini kami sedang mencipta rumah yang kami mahu pulang, begitulah,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top