Penyanyi Shila Azmah berkongsikan dia bakal membawa keluarganya berhijrah ke China pada penghujung tahun hadapan.
Memetik mStar Online, Shila berkata dia bakal menandatangani kontrak panjang di negara tersebut tidak lama lagi dan keputusan itu dibuat kerana penat untuk berulang alik.
BACA: Shila Amzah Tulis Lagu Baru Tentang Bapa Tak Bertanggungjawab
“Kami ada sasaran itu sebab kalau nak pergi dan balik (dari Malaysia ke China) sebenarnya sangat penat. Tapi mungkin perancangan berhijrah ini bukanlah dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, Shila berkata proses kerja sudah pun bermula dan buat masa ini dia terpaksa tinggalkan anak-anak setiap kali ke China dalam tempoh beberapa hari.
“Kami jangka mungkin pada penghujung thaun depan (akan berpindah) tapi proses kerja itu sudah pun bermula dari sekarang.
“Sekarang setiap kali saya perlu ke China dalam tiga tau empat hari, saya terpaksa tinggalkan anak-anak. Bila balik dapat luangkan masa dua tiga hari saja dengan mereka.
“Tapi nasib baik emak dan bapa tiri saya tinggal dekat, hanya 10 minit dari rumah. Jadi emaklah yang banyak bantu tengok-tengokkan anak,” katanya.
Shila menafikan tanggapan bakatnya lebih dihargai disana menjadi penyebab untuk berhijrah sebaliknya ianya demi kelangsungan kerjaya.
“Saya tak terfikir ke arah itu (soal tak dihargai). Saya pernah duduk di China dari 2012 sampai perkahwinan pertama dalam lapan tahun juga.
“Tak bermakna saya melupakan peminat di Malaysia. Saya tetap akan ceri keseimbangan, tetap akan buat album Melayu dan konsert disini. Kalau boleh belah badan ni, dah lama saya potong,” katanya.
Sumber: mStar Online






