“Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dah Boleh Panggil Saya Ayah”

“Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dah Boleh Panggil Saya Ayah”

“Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dah Boleh Panggil Saya Ayah”


Pelakon Kamal Adli berkongsikan perkembangan anaknya, Hawra Uqaira kini sudah berusia dua tahun dan hatinya tersentuh Hawra kini dalam fasa bercakap serta sudah memanggilnya ayah.

Sementara itu, Kamal berkata meskipun tiada peluang untuk bermalam dengan anaknya namun dia memahami perkara itu apatah lagi Hawra masih kecil.

BACA: “Terima Kasih Ibu Siapkan Baju Kurung Lawo” – Kamal Adli Gembira Beraya Dengan Hawra

“Saya baru jumpa dia (Hawra) dua hari lepas, saya bawa dia pergi Aquaria. Saya pernah bawa dia ke Aquaria sebelum ini ketika dia masih bayi tapi dia tak tahu apa ketika itu. Jadi sekarang dia sudah berusia dua tahun dan sudah kenal ‘fish’.

“Seronok sebab dia sudah dalam fasa sudah boleh bercakap. Hawra sekarang sudah boleh panggil saya ayah. Saya jauh sikit dia panggil ‘ayah, ayah!’

“Tahu tak perasaannya macam mana bila dengar anak panggil kita ayah? Sekarang ini saya tiada peluang lagi untuk bermalam dengan Hawra sebab dia masih kecil.

“Saya faham perkara itu, jadi bila dapat jumpa, dia kenal kita dan panggil saya ayah, benda itu sudah buat saya tersentuh,” katanya.

Tambah Kamal lagi, baginya sukar untuk menggambarkan perasaan melihat anak menangis setiap kali menghantar Hawra pulang dan sebagai bapa dia mahu membesarkan anaknya itu.

“Bila kita berjalan pun dia hulur tangan dan dia ajak saya berjalan bersama, itu momen yang mahal bagi saya. Saya rasa saya mahu hidup untuk dia. Saya mahu besarkan dia.

“Itu yang saya rasa sekarang, siapa yang ada ‘baby’, dan bila anak itu ‘attach’ dengan kita, bila hantar dia balik dia menangis, akan faham perasaan saya. Susah nak gambarkan tapi itu yang saya rasa,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top