Berikut adalah biodata Prabowo yang juga Presiden Indonesia kelapan:
● Nama Penuh: Prabowo Subianto Djojohadikusumo
● Tarikh lahir: 17 Oktober 1951
● Tempat lahir: Jakarta, Indonesia
● Pendidikan: Menerima pendidikan awal di beberapa sekolah elit di luar negara kerana ayahnya, Sumitro Djojohadikusumo, yang sering bekerja di luar negara. Beliau pernah bersekolah di berbagai institusi di Malaysia, Switzerland, dan Britain.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Akademi Militer Magelang serta pernah mendapat latihan ketenteraan di Jerman dan Georgetown University, Amerika Syarikat.
Pendidikan formal dan latihan luar negara memberikan Prabowo asas yang kukuh dalam kepimpinan ketenteraan dan politik, yang membentuk kariernya dalam bidang ketenteraan dan akhirnya politik nasional.
● Karier Ketenteraan: Memulakan kerjaya dalam Angkatan Darat Indonesia dan jawatan terakhirnya adalah Jeneral. Beliau turut memegang jawatan penting sebagai Komando pasukan khusus (Kopassus).
● Karier politik: Selepas meninggalkan tentera pada akhir 1990-an, Prabowo memasuki dunia politik dan menubuhkan parti Gerindra (Partai Gerakan Indonesia Raya).
● Fokus dan visi politik: Prabowo terkenal dengan pandangannya yang nasionalis, menekankan kemandirian ekonomi, pembangunan infrastruktur, serta pengukuhan sektor pertahanan dan keselamatan negara.
● Pernah mencalonkan diri sebagai presiden Indonesia dalam pilihan raya 2014 dan 2019, tetapi tewas kepada Joko Widodo (Jokowi).
● Memenangi pilihan raya presiden 2024 setelah memperoleh majoriti undi dan kempennya turut dibantu Jokowi.
● Pengalaman politik lain: Sebelum menjadi presiden, Prabowo pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan di bawah pemerintahan Presiden Jokowi.
● Latar belakang keluarga: Berasal dari keluarga terkemuka kerana ayahnya, Soemitro Djojohadikusumo, adalah seorang ahli ekonomi.
● Mempunyai beberapa anak dan berkahwin dengan Siti Hediati Hariyadi atau lebih dikenali sebagai Titiek Soeharto yang juga anak kepada bekas Presiden Indonesia yang kedua, Soeharto.