Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan sekiranya dia lambat membalas WhatsApp, usahawan Datuk Seri Vida akan terus menghubunginya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fazley berkata Vida akan bertanyakan dimana dia berada berikutan lambat membalas mesej.
BACA: Raf Yaakob Sokong Hubungan Fazley, DSV
“Saya jawab lambat WhatsApp dua saat, dia akan call tanya ‘Abe dekat mana’, kenapa lambat jawab. Tapi tak apalah, manja-manja,” katanya.
Sementara itu, Fazley turut berkongsikan pandangannya mengenai panggilan mesra terhadap pasangan dimana apabila berlaku perubahan secara tiba-tiba boleh mengundang ‘perang’.
“Bila dah panggil sayang, tiba-tiba kita downgrade, boleh jadi perang dunia ke-10. Jangan cari pasal. Kalau orang yang panggil sayang ke, baby ke, tiba-tiba downgrade jadi nama dia, tak boleh,” katanya.






