Hafizuddin tambah emas angkat berat, pecah dua rekod

Hafizuddin tambah emas angkat berat,  pecah dua rekod


sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet angkat berat negara, Hafizuddin Roslin memecahkan rekod kebangsaan serta mencipta rekod baharu temasya ketika merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow, hari ini.

Hafizuddin berjaya mengangkat 162 kilogram (kg) dalam acara snatch dan 183kg dalam clean and jerk untuk jumlah keseluruhan 345kg, sekali gus muncul juara kategori lelaki bawah 88kg di Auditorium SEC Armadillo.

Angkatan 162kg dalam snatch memadam rekod kebangsaannya sendiri iaitu 160kg yang dilakukan pada Sukan SEA Thailand, Disember lalu. Jumlah keseluruhan 345kg turut menjadi rekod baharu Sukan Komanwel memandangkan kategori bawah 88kg dipertandingkan buat kali pertama.

Atlet New Zealand, Cameron McTaggart meraih pingat perak dengan jumlah angkatan 338kg (154kg, 184kg), manakala wakil Scotland, Angus Doig, melengkapkan podium dengan gangsa menerusi jumlah 309kg (135kg, 174kg).

Kejayaan itu menghadiahkan pingat emas keempat Malaysia pada temasya kali ini selepas Aniq Kasdan (bawah 61kg), Aznil Bidin (bawah 65kg) dan Erry Hidayat (bawah 79kg) turut muncul juara dalam kategori masing-masing.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top