Siti Nordiana sedia berpasangan, damba lelaki matang

Siti Nordiana sedia berpasangan, damba lelaki matang


norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau Nana, 42, sentiasa bersikap terbuka apabila berbicara hubungan cinta dengan pasangan yang berjaya bertakhta di hatinya.

Menurut Nana, dia sebenarnya seorang yang menginginkan hubungan yang jujur dengan pasangan, sekali gus membuat dirinya berasa tenang selain dilengkapi perasaan romantis dan manja.

“Saya suka hubungan yang tidak banyak ‘drama’. Ini kerana, kalau kata pakej seperti manja, romantik, matang dan tenang, itu semua saya sudah ada, macam pakej lengkap dalam diri sebenarnya.

“Bukan apa, di dalam perhubungan yang dijalin itu, kita memang kena ada romantik sikit, manja sikit, matang dan tenang. Jadi, itu adalah memang diri saya.

“Tetapi, kalau ikutkan saya punya firasat, pemerhatian pada diri ini, rasanya saya lebih kepada matang dan tenang, sebab saya suka hubungan tidak banyak ‘drama’ yang menenangkan fikiran,” katanya.

Terdahulu, perkara itu dikongsikan Nana yang juga juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2) dalam temubual ‘podcast’ bersama penyampai radio, DJ Lin yang dimuat naik pada hantaran di Instagram (IG) miliknya.

Nana hingga kini berstatus ibu tunggal seorang anak lelaki selepas bercerai dengan bekas suami, Allahyarham Faizal Yusof pada 2009.

Hasil perkongsian hidup Nana dan arwah Faizal selama tiga tahun sejak 2006 sebelum bercerai, mereka dikurniakan cahaya mata tunggal, Mohd Rayyan Nakhaie, 18.

Bagaimanapun, Nana kini terpaksa akur dan sedia berjauhan dengan anaknya, Rayyan yang bakal mengikuti program asasi perniagaan dan teknologi maklumat di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pada Ogos depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top