Kau ingat semua manusia hidup bawah tapak kaki kau? – Yuna Rahim

Kau ingat semua manusia hidup bawah tapak kaki kau? – Yuna Rahim


KUALA LUMPUR: Pelakon, Yuna Rahim, 31 mengingatkan semua pihak agar tidak mengaplikasikan sistem kedudukan atau hierarki dalam produksi drama atau filem.

Kata pemilik nama sebenar Shafiqah Husna Abd Rahim, hal demikian kerana setiap individu di bawah produksi memainkan peranan penting dan sama rata.

“Kerja produksi (drama atau filem) memang kerja sepasukan. Tak ada siapa paling atas dan tidak ada siapa yang paling bawah.

“Kalau tak ada pengarah, siapa yang nak mengarah cerita menjadi satu naskah yang hebat?

“Kalau tak ada salah satu jabatan menjadi ke hasil dia?” Katanya dalam Thread.

Pelakon drama Diari Seorang Suami itu dalam masa yang sama menegaskan tentang layanan sama rata tanpa mengira kedudukan dalam pasukan produksi.

“Jangan meletakkan hieraraki dan kedudukan seseorang dalam produksi layan orang macam sampah! Kau ingat semua manusia hidup bawah tapak kaki kau?” Katanya lagi.

Dalam pada itu, Yuna mengingatkan tentang pentingnya sikap hormat menghormati dalam kerja sepasukan.

”Awak hormat orang dan org keliling secara tidak langsung akan hormat awak bukan sebab kedudukan awak,” ujarnya. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top