JETOUR T1 Kini Di Malaysia, Sesuai Untuk Yang Suka Hidup ‘No Drama, Just Road Trip’

JETOUR T1 Kini Di Malaysia, Sesuai Untuk Yang Suka Hidup ‘No Drama, Just Road Trip’


Kalau korang jenis suka spontan cari port healing, plan road trip last minute atau sekadar nak lari sekejap dari hiruk-pikuk kota, JETOUR T1 mungkin boleh jadi teman perjalanan yang tepat.

Direka untuk mereka yang aktif dan sentiasa bergerak, SUV ini tampil dengan gabungan gaya, keselesaan dan teknologi yang cukup untuk melengkapkan gaya hidup moden.

Menurut Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia, Nicholas Ng, gaya hidup pengguna hari ini semakin berubah. Ramai yang mahukan sebuah SUV yang boleh bergerak seiring dengan rutin harian mereka.

Justeru, JETOUR T1 hadir sebagai sebuah SUV yang bukan sahaja tampil bergaya, malah menawarkan ruang yang selesa, teknologi yang praktikal dan pengalaman pemanduan yang menjadikan setiap perjalanan lebih bermakna.

Ia direka untuk mereka yang melihat kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi sebahagian daripada gaya hidup masa kini.

Sekali pandang memang susah nak alihkan mata. Rekaan JETOUR T1 nampak moden, garang dan premium dengan lampu LED Storm-Eye, gril hadapan yang menyerlah serta badan yang kemas.

Bahagian dalamnya pula cukup luas, jadi penumpang belakang pun boleh duduk dengan lebih selesa. Kalau bab warna, korang boleh pilih antara Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold atau Carbon Black.

Bukan rupa saja yang menarik, prestasinya pun boleh tahan. JETOUR menawarkan dua pilihan enjin mengikut keperluan. Kalau sekadar untuk kegunaan harian, varian 1.5L TGDi 2WD sudah cukup berkuasa.

Tapi kalau korang suka memandu jauh atau mahukan prestasi yang lebih mantap, varian 2.0L TGDi XWD dengan sistem pacuan semua roda pasti lebih memuaskan.

Masuk saja ke dalam kabin, terus terasa macam berada dalam SUV yang lebih mahal. Skrin digital, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon tanpa wayar 50W, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, lampu ambien dan sistem audio premium semuanya tersedia.

Dari segi keselamatan pula, JETOUR T1 hadir dengan enam beg udara, sistem bantuan pemanduan ADAS Tahap 2 dan penarafan lima bintang ASEAN NCAP, jadi anda boleh memandu dengan lebih yakin.

Kalau rasa ini SUV yang korang cari, JETOUR T1 ditawarkan pada harga bermula RM129,800, manakala varian paling tinggi dijual pada harga RM146,800.

Lebih menarik lagi, pembeli turut menerima jaminan sehingga 10 tahun untuk rangkaian kuasa, lima servis percuma dan rebat RM2,000 untuk 2,000 pelanggan pertama. Jadi, kalau memang dah lama berhajat nak tukar SUV, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk tengok sendiri apa yang JETOUR T1 tawarkan.






Source link

OR

Scroll to Top