Anuar Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port baharu

Anuar Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port baharu

Anuar Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port baharu


PETALING JAYA: Bintulu Port Holdings Bhd. (Bintulu Port) melantik Anuar Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan berkuat kuasa 17 Ogos 2026 bagi menggantikan Datuk Ruslan Abdul Ghani yang akan melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya dalam satu lagi syarikat berkaitan kerajaan Sarawak.

Syarikat itu berkata, Anuar Ismail mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik dari Case Western Reserve University, Amerika Syarikat (AS) berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas.

“Sepanjang kerjayanya dengan Petronas, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Perhubungan Negeri (Pengurus Besar Kanan) di bawah Bahagian Perhubungan Strategik dan Komunikasi kumpulan selain mengetuai pengurusan hidrokarbon bersepadu (Pengurus Besar Kanan) di Malaysia Petroleum Management.

“Anuar Ismail juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Aset Sarawak (Pengurus Besar Kanan) di Petronas Carigali Sdn Bhd selain Pengerusi dan Ketua Negara (Pengurus Besar Kanan) Petronas South Sudan,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Sementara itu, syarikat itu memaklumkan Datuk Ruslan Abdul Ghani menyertai Bintulu Port pada 1 September 2022 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan yang dilantik bagi tempoh enam bulan sebelum secara rasminya mengambil alih jawatan tersebut pada 1 Mac 2023.

“Susulan penstrukturan semula organisasi itu, beliau kemudiannya memegang peranan yang diperluaskan sebagai Presiden dan CEO kumpulan bermula 1 Disember 2024.

“Beliau memulakan kerjaya dengan Petronas Carigali Sdn. Bhd. pada 1990 dan berkhidmat dengan Petronas selama 32 tahun sehingga bersara pada Julai 2022.

“Sepanjang tempoh itu, beliau menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam operasi huluan syarikat di Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top