Penyanyi muda Thalita berkata setiap kali dia menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah, dia masih belum dapat menahan rasa sebak.
Memetik mStar Online, Thalita berkata meskipun sudah boleh mengawal emosi ketika berada di pentas, dia usaha untuk sembunyikan rasa sedih dan menangis sendirian selepas persembahan.
BACA: “Saya Duduk Atas Pentas, Kena Mekap Tebal…” – Penampilan Ditegur Nampak Dewasa, Thalita Respon
“Saya masih sebak terutama bila menyanyikan lagu arwah ibu tapi sekarang ini Alhamdulilah makin pandai kawal perasaan sedih itu terutama bila berhadapan orang ramai.
“Cuma ada juga beberapa persembahan tu tidak dapat menahan rasa nak nangis sebab rindu dengan arwah ibu, selepas nyanyi lagu arwah ibu mesti akan masuk tandas dan menangis,” katanya.
Sementara itu, Thalita berkata setiap kali menyanyi dia merasakan aura arwah ibunya dan mengakui sukar menjadi sehebat ibunya namun akan mencuba yang terbaik.
“Kadang-kadang bila nyanyi tu rasa macam aura arwah ibu tu ada dengan saya, susah sebenarnya nak gantikan ibu tapi saya cuba jadi penyanyi yang terbaik meskipun bukan macam arwah ibu,” katanya.
Sumber: mStar Online






