Real Madrid pecah rekod untuk dapatkan Diomande

Real Madrid pecah rekod untuk dapatkan Diomande


Madrid: Real Madrid dilaporkan mencapai persetujuan dengan RB Leipzig untuk mendapatkan pemain sayap Ivory Coast, Yan Diomande dengan nilai perpindahan rekod kelab.

Menurut laporan media Sepanyol, perpindahan pemain berusia 19 tahun itu boleh mencecah sehingga 125 juta euro (RM591 juta) selain tambahan 10 juta euro (RM47 juta) hingga 15 juta euro (RM71 juta) menerusi bayaran bonus.

Jika perjanjian itu dimuktamadkan, jumlah berkenaan bakal mengatasi rekod perpindahan Real ketika mendapatkan pemain tengah England, Jude Bellingham pada 2023 yang dilaporkan bernilai 103 juta euro (RM).

Reuters sudah menghubungi Real dan Leipzig untuk mendapatkan komen mengenai laporan berkenaan.

Diomande menikmati musim cemerlang bersama Leipzig selepas menjaringkan 12 gol Bundesliga dan mencipta sembilan bantuan gol, sekali gus membantu kelab Jerman itu menamatkan saingan di tempat ketiga serta layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dia menyertai Leipzig daripada kelab Sepanyol, Leganes tahun lalu sebelum mewakili Ivory Coast pada Piala Dunia 2026, ketika pasukan itu mara ke pusingan 32 terbaik.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top