RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan hari terakhir

RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan hari terakhir


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah selesai merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun yang dipanggil bagi membantu siasatan.

Ia berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, hari ini adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut yang telah bermula Selasa lalu.

“Sesi rakaman percakapan beliau untuk hari keempat ini telah bermula jam 9 pagi tadi dan telah berakhir pukul 6.30 petang.

“Hari ini adalah hari terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut,” katanya. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top