Prabowo lantik 48 menteri, lima pegawai setaraf menteri

Prabowo lantik 48 menteri, lima pegawai setaraf menteri


JAKARTA- Presiden Indonesia, Prabowo Subiato mengumumkan barisan Kabinetnya yang terdiri daripada 48 menteri dan lima pegawai setaraf menteri.

Presiden kelapan Indonesia itu juga mengekalkan sekurang-kurangnya 15 menteri yang pernah berkhidmat dalam pentadbiran Joko Widodo.

Prabowo semasa menghadiri malam gala di Istana Merdeka, Jakarta malam tadi mengumumkan Kabinet beliau akan dikenali sebagai Kabinet Merah Putih.

“Seperti perjanjian di antara pemimpin-pemimpin parti politik dalam gabungan ini, kami namakan Kabinet ini sebagai “Kabinet Merah Putih,” katanya.

Yang turut hadir Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad.

Antara nama-nama yang diumumkan Prabowo malam tadi adalah Menteri Kewangan, Sri Mulyani; Menteri Politik dan Hal Ehwal Keselamatan, Budi Gunawan; Menteri Ekonomi, Airlangga Hartato; Menteri Luar, Sugiono; dan Menteri Pekerja Migran Indonesia, Abdul Kadir Karding.

Prabowo yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan semalam, mempunyai komitmen untuk mengendalikan masalah-masalah dalam negara seperti rasuah serta menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara yang berdikari dalam sekuriti makanan dan tenaga.

Indonesia bermatlamat untuk tidak bergantung kepada import makanan dalam tempoh lima tahun lagi.

Beliau turut mensasarkan ekonomi Indonesia berkembang sebanyak lapan peratus berbanding lima peratus ketika ini dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. -Agensi



Source link

OR

Scroll to Top