“Isteri Suka Masak” – Radin Akui Berat Badan Naik Selepas Kahwin


Penyampai radio, Radin berkata berat badannya naik selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Amirah pada Mei lalu.

Memetik mStar Online, Radin berkata isterinya seorang yang suka memasak dan berat badannya bertambah kerana masakan yang dinikmatinya.

BACA: Radin Terima Isteri & Tiga Anak Sebagai Satu Amanah

“Isteri saya punya ‘love language’ dia memang suka memasak. Saya paling suka dia masak maggie goreng dan ikan rebus dengan air asam.

“Jadi jangan tanya kenapa lepas kahwin ni berat badan saya naik. Sejujurnya ini adalah berat paling tinggi sepanjang saya bekerja sebagai penyampai radio,” katanya.

Sementara itu, Radin berkata dia mahu kembali mendapatkan berat badan ideal serta menjadikan Nabil Ahmad sebagai inspirasi untuk kekal aktif serta menjaga kesihatan.

“Sejujurnya jauh di lubuk hati ini, saya nak kembali dapatkan berat badan ideal seperti sebelum ini. Saya tengok Nabil aktif, saya lihat dia dah sampai satu tahap umur (meningkat) tapi masih lagi jaga kesihatan badan,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top