“Mungkin Isteri Biar Suami Nampak Tak Berapa Elok Sebab Takut Ada Yang Mengorat”


Pelakon Anzalna Nasir memuat naik hantaran berkenaan penampilan isteri yang kelihatan cantik kerana ada suami yang menjaga.

Menerusi hantaran di Threads, Anzalna turut berkata jika anak-anak berpakaian kemas dan bersih bermakna ibu mereka seorang yang bertanggugjawab.

BACA:“Seminggu Tak Sihat Hilang Selera Makan” – Anzalna Nasir Gembira Kembali Ke Berat Asal 45 Kg

Bagaimanapun, Anzalna berkata jika suami dilihat tidak terurus bukan kerana isteri tidak pandai menjaga sebaliknya bimbang jika ada wanita yang mengorat apabila melihat suami kelihatan kemas.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan wanita yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Kata netizen lagi, penat mereka menjaga suami dengan penampilan namun tiba-tiba ada yang pula yang ‘menyondol’, sedangkan suami kelihatan segak kerana ada isteri yang menjaga.






Source link

OR

Scroll to Top