Tak puas hati dengan keluarga, tertekan punca pelajar perempuan melarikan diri

Tak puas hati dengan keluarga, tertekan punca pelajar perempuan melarikan diri


KLUANG – Pelajar perempuan tingkatan empat yang dilaporkan hilang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini, petang kelmarin, sudah ditemui semula malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Nurul Alya Farzana yang berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan selamat di Restoran Jamilah, Taman Sri Kluang pukul 10.30 malam.

“Pelajar berkenaan ditemui ibunya sendiri yang sebelum ini membuat aduan kehilangannya sebelum ini.

“Berdasarkan siasatan, pelajar berkenaan melarikan diri dari rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapanya kerana tidak melayannya dengan baik.

“Dia juga berasa tertekan tinggal di rumah,” katanya dalam satu kernyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu tular dalam media sosial berkenaan pelajar perempuan itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah kelmarin.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup SMK tersebut, Nurul Alya Farzana memakai tshirt karakter Johor atau t-shirt KrMJ semasa hilang.

Pelajar berkenaan dirakamkan menaiki kereta Toyota Vios warna perak pada pukul 3.34 petang dan meninggalkan kawasan sekolah menghala ke arah bandar Kluang.

Namun pemandu dan nombor pendaftaran kereta itu masih tidak dapat dikenal pasti sekali gus menyukarkan usaha mengesannya

Ahli keluarga Nurul Alya Farzana kemudian membuat laporan di Balai Polis Kluang.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top