BEKAS pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mempertahankan keputusan menyertai Red Bull sebagai ketua bola sepak global mulai tahun depan, selepas kritikan dalam kalangan peminat di Jerman mengatakan projek itu terlalu ‘luar biasa’ untuknya.
Klopp, yang menamatkan tempoh sembilan tahun di Liverpool musim lalu, turut melatih Mainz 05 dan Borussia Dortmund dalam Bundesliga, dengan penyokong-penyokong kelab tersebut marah tindakannya menyertai Red Bull.
Malah penyokong-penyokong Mainz semasa aksi liga awal Oktober lalu malah merentangkan: sepanduk meluahkan kemarahan terhadap keputusan Klopp.
Sebagai rekod, Klopp sebelum ini menghabiskan 18 tahun sebagai pemain dan pemain bersama Mainz.
Komuniti bola sepak di Jerman sebelum ini menentang struktur pemilikan kelab dikawal Red Bull, termasuk RB Leipzig, dengan suntikan pelaburan melalui kelab bawahan bagi meraih status Bundesliga pada 2016.
“Anda tidak boleh membuat keputusan bergantung kepada reaksi yang berlaku.
“Saya berusia 57 tahun masih boleh bekerja untuk beberapa tahun lagi tetapi saya tidak melihat diri saya berada di tepi padang buat masa ini.
“Jelas di sini saya akan melakukan sesuatu. Kemudian Red Bull datang. Bagi saya ia adalah luar biasa,” kata Klopp semasa podcast bekas pemain tengah Jerman dan Real Madrid, Toni Kroos.
Klopp menyertai Liverpool pada Oktober 2015 telah memenangkan kelab Merseyside berkenaan – Liga Juara-Juara, kejuaraan Liga Inggeris pertama sejak 1990, Piala Dunia Kelab, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super, serta Perisai Komuniti.
Dia juga membawa Dortmund memenangi kejuaraan Bundesliga berturut-turut pada 2011 dan 2012, Piala Jerman dan final Liga Juara-Juara pada 2013.
Sebagai rekod, Klopp tidak akan terlibat dalam operasi harian tetapi bertindak sebagai penasihat untuk kelab milik Red Bull di Jerman, Amerika Syarikat, Brazil dan Austria.
“Saya tidak mahu memijak sesiapa pun. Saya suka semua bekas kelab saya.
“Cuma saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan supaya semua orang gembira,” katanya.