Satu maut, tiga cedera dalam nahas dua kenderaan

Satu maut, tiga cedera dalam nahas dua kenderaan


MUAR – Seorang maut dan empat cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 138 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Khairol Nizam Aresat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 7.04 pagi.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Fire Response Vehicle (FRV) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex dan kereta Toyota Unser.

“Seorang penumpang Hyundai Starex, Chang Lee Won berumur 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi manakala tiga penumpang lain mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dua penumpang Toyota Unser pula terselamat tanpa kecederaan dan dihantar ke hospital dengan ambulans untuk mendapat rawatan lanjut.

Tambah beliau, operasi ditamatkan pada pukul 6:32 pagi.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top