Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah menafikan dakwaan dia kini sudah mempunyai kekasih baru.
Memetik Harian Metro, Dr Fie berkata dia masih solo dan mahu memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu selepas berpisah pada Disember tahun lalu.
BACA: “Saya Pun Tak Tahu Kenapa Nubhan Buat Macam Ni” – Nubhan Fail Komital Terhadap Bekas Isteri
“Eh, tidak ada lagilah (kekasih baharu). Belum lagi. Tak ada sesiapa pun. Ini macam soalan Melodi dah ni,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai dakwaan dia sedang mengenali seseorang, Dr Fie menadikan dakwaan berkenaan.
Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun sah bercerai pada 2 Disember lalu.
Sumber: Harian Metro






