Pelabur asing jual ekuiti tempatan RM1.01 bilion minggu lalu

Pelabur asing jual ekuiti tempatan RM1.01 bilion minggu lalu


KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus menjual ekuiti di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar lebih besar sebanyak RM1.01 bilion, iaitu peningkatan empat kali ganda daripada RM196.2 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, pelabur asing menjadi penjual pada setiap hari dagangan minggu lepas, dengan aliran keluar tertinggi berlaku pada hari Rabu sebanyak RM473.9 juta, sebelum pasaran ditutup pada Khamis sempena perayaan Deepavali.

Hari Selasa dan Rabu pula menyaksikan aliran keluar masing-masing sebanyak RM71.5 juta dan RM346.2 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perladangan (RM25.9 juta), hartanah (RM11.6 juta) dan REITS (RM7.2 juta).

Sektor yang mempunyai aliran keluar bersih bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM600.2 juta), utiliti (RM190.9 juta) dan pengguna (RM86 juta).

Tambahnya, pelabur institusi tempatan menyokong bursa tempatan sejak dua minggu lalu, dengan belian bersih RM960.4 juta dalam ekuiti minggu lepas.

Manakala peruncit tempatan menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selepas menjual untuk minggu sebelumnya, membeli RM49.4 juta dalam ekuiti.

Peruncit tempatan dan institusi tempatan mengalami penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) sebanyak -10.8% dan -6.9% masing-masing, manakala warga asing menyaksikan peningkatan sebanyak +27.9%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top