20,000 hilang tempat tinggal akibat keganasan di Haiti

20,000 hilang tempat tinggal akibat keganasan di Haiti


HAITI: Lebih 20,000 orang kehilangan tempat tinggal di seluruh kota Haiti, Port-au-Prince dalam tempoh empat hari, selepas penduduk melarikan diri daripada keganasan puak di negara itu.

Ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi Haiti, Gregoire Goodstein berkata, situasi itu menyebabkan krisis kemanusiaan semakin meruncing di negara Caribbean yang bergolak itu.

“Tanpa sokongan antarabangsa segera, penderitaan akan bertambah teruk. Kami berusaha meluaskan bantuan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut IOM, kira-kira 17,000 daripada 20,000 orang yang terpaksa berpindah sudah berada di perumahan sementara, dengan ramai daripada mereka sudah dipindahkan beberapa kali.

Jelasnya, skala perpindahan itu berterusan sejak Ogos, tahun lalu.

Jenayah keganasan di Port-au-Prince kekal tinggi, dengan kumpulan bersenjata lengkap mengawal kira-kira 80 peratus bandar itu dan sering menyasarkan orang awam.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB merekodkan hampir 4,000 kematian berlaku akibat keganasan berkaitan kumpulan di negara itu.

Haiti terputus hubungan utama ke seluruh dunia, minggu lalu, apabila Amerika Syarikat mengharamkan semua penerbangan awam ke negara itu selama sebulan, selepas tiga pesawat yang menghampiri atau berlepas dari Port-au-Prince terkena tembakan.-AFP





Source link

OR

Scroll to Top