HUAWEI WATCH D2 pantau tekanan darah 24 jam

HUAWEI WATCH D2 pantau tekanan darah 24 jam


MEMILIKI jam tangan pintar kini bukan sekadar aksesori, tetapi menjadi kunci kepada gaya hidup sihat dan kekal berhubung.

Membawa inovasi terkini dalam pemantauan kesihatan, jenama HUAWEI memperkenalkan HUAWEI WATCH D2 yang menampilkan fungsi pemantauan tekanan darah melalui teknologi Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM) untuk pemantauan selama 24 jam.

Terdahulu, ABPM diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga kaedah utama untuk memantau tekanan darah dalam diagnosis hipertensi menurut garis panduan antarabangsa, Garis Panduan ISH 2020, ACC/AHA 2017 dan ESC/ESH 2018. 

Ini menjadikan HUAWEI WATCH D2 pilihan ideal bagi mereka yang ingin memantau tekanan darah secara menyeluruh, baik ketika waktu siang atau malam.

Pemantauan kesihatan lengkap

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah salah satu masalah kesihatan biasa dengan lebih satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mengalaminya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), hipertensi adalah faktor utama bagi kematian pramatang dan kecacatan. 

Namun, ramai juga yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap hipertensi kerana penyakit ini kebiasaannya tidak menunjukkan gejala.

HUAWEI WATCH D2 menawarkan penyelesaian dengan pemantauan tekanan darah secara automatik, bukan hanya pada waktu siang tetapi juga sepanjang waktu tidur, memberikan pengguna pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan mereka.

Teknologi ABPM yang terdapat pada jam ini membolehkan pemantauan berterusan selama 24 jam bagi memberikan gambaran lebih tepat tentang keadaan tekanan darah dan potensi risiko hipertensi.

Selain itu, HUAWEI WATCH D2 adalah jam tangan pintar pertama yang menawarkan pemantauan ABPM sepanjang 24 jam dengan teknologi canggih yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan hasil tekanan darah mereka dengan tepat. 

Semasa pemantauan, pengguna diminta untuk memastikan tangan berada dalam posisi yang betul dan tidak bergerak bagi memastikan ketepatan bacaan. 

HUAWEI WATCH D2 akan memberi panduan secara automatik jika penempatan tangan tidak tepat, menjadikan proses pemantauan lebih mudah dan tepat.

Bukan itu sahaja, HUAWEI Health App juga membolehkan pengguna untuk mencetak laporan tekanan darah yang boleh dikongsi dengan doktor atau penyedia penjagaan kesihatan untuk penilaian lebih lanjut. 

Ini memberikan kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat perubatan berdasarkan data yang tepat.

HUAWEI WATCH D2 bukan sahaja berfungsi sebagai pemantau tekanan darah, ia juga dilengkapi dengan Intelligent Health Dashboard yang membolehkan pengguna untuk memantau pelbagai indikator kesihatan hanya dalam satu klik. 

Dalam masa kurang dari dua minit, pengguna dapat mengetahui data mengenai kadar denyutan jantung (HR), tekanan darah (BP), suhu kulit, ECG, aritmia gelombang nadi, kualiti tidur dan banyak lagi.

Selain itu, jam tangan ini turut menyokong lebih 80 mod senaman, memberikan pengguna kebebasan untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat. 

Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar seperti NFC untuk akses pintu, panggilan ‘bluetooth’, kalendar, penggera dan tangkap layar skrin menjadikan ia bukan hanya alat pemantauan kesihatan tetapi juga peranti gaya hidup yang sangat praktikal.

Keselesaan, gaya sempurna

HUAWEI WATCH D2 direka dengan skrin 1.82 inci yang lebih besar dan jelas, memberikan pengalaman visual yang lebih baik.

Roda pemutar yang halus dan reka bentuk elegan menjadikannya mudah untuk digunakan, sementara tali ‘airbag’ dua dalam satu yang nipis memberikan keselesaan sepanjang hari. 

Jam tangan ini juga lebih ringan berbanding monitor tekanan darah tradisional, menjadikannya lebih mudah untuk dipakai sepanjang masa tanpa rasa berat atau tidak selesa.

Tali TPU lembut yang digunakan memastikan ia selesa dipakai walaupun dalam keadaan lembap, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian tanpa perlu risau tentang keselesaan atau prestasi.

Selain itu, rekaan HUAWEI WATCH D2 yang elegan dan tidak seperti peralatan kesihatan lainnya turut menjadi nilai tambah bagi jam tangan pintar ini.

Ia memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk memiliki peranti pintar yang lengkap dengan ciri-ciri kesihatan canggih tanpa perlu berbelanja besar.

HUAWEI WATCH D2 kini tersedia untuk tempahan awal dari 19 November hingga 29 Disember 2024 dengan harga bermula RM1,999 dan didatangi dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,276 yang termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI Scale 3 dan lain lain lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara pengguna pertama yang menikmati teknologi pemantauan tekanan darah 24 jam yang disahkan oleh MDA Malaysia, Peraturan Peranti Perubatan Eropah (MDR) dan Persatuan Kesihatan Nasional China (NMPA).

Dengan HUAWEI WATCH D2, anda bukan sahaja mendapatkan jam tangan pintar yang bergaya dan selesa, tetapi juga alat yang lengkap untuk memantau kesihatan. 

Teknologi ABPM yang canggih, pemantauan kesihatan 24 jam serta pelbagai ciri pintar lainnya, menjadikan HUAWEI WATCH D2 adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat dan proaktif dalam menjaga kesihatan.

Tempah sekarang dan nikmati teknologi kesihatan terkini dengan HUAWEI WATCH D2. 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi HUAWEI Malaysia atau kedai-kedai rasmi HUAWEI di platform e-dagang terkemuka seperti Shopee dan Lazada.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top