UMNO tak pernah tukar prinsip walaupun kerjasama dengan PH – Puad

UMNO tak pernah tukar prinsip walaupun kerjasama dengan PH – Puad


KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah menukar prinsip perjuangan walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa, partinya tetap menjaga prinsip apabila bekerjasama namun hanya menukar kaedah, uslub dan manhaj perjuangan.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fahysal kononnya UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH.

Puad menegaskan, Wan Fahysal jelas tidak dapat membezakan antara prinsip dan manhaj perjuangan.

“Dia mentah dalam liku pemikiran politik. Dia cuma melalui liku-liku pertukaran kerajaan. Masuk politik dengan mudah, masuk terus jadi YB.

“UMNO tidak pernah tukar prinsip perjuangan. Tukar kaedah, uslub dan manhaj memang dibolehkan. Ia ikut keadaan masa tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Puad, UMNO tidak ‘dicucuk hidung’ dalam isu kalimah Allah dan partinya masih mewakili orang Melayu dalam kerajaan.

Beliau mendakwa, UMNO penyumbang kepada politik terbuka apabila bekerjasama dengan DAP namun pada masa sama parti itu dan Barisan Nasional (BN) tidak menyertai PH.

“Sedangkan Bersatu dan Pas lebih awal bersekongkol dengan DAP hatta mereka bergabung dalam PH dan Pakatan Rakyat.

“No Anwar No DAP adalah manhaj sebelum PRU15. Di PRU15 BN-PH berlawan tetapi selepas PRU15 manhaj berubah. Ada keperluan mendesak.

“Kerajaan perlu dibentuk, ia titah Agong. UMNO setuju, Bersatu dan Pas sahaja ingkar kerana bodoh sombong,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top