Piala ASEAN: Harimau Malaya tanpa kelibat tonggak JDT, Selangor FC

Piala ASEAN: Harimau Malaya tanpa kelibat tonggak JDT, Selangor FC


SKUAD bola sepak negara akan menyingkap kempen Piala ASEAN yang bermula 8 Disember hingga 5 Januari depan tanpa kelibat tonggak dua kelab utama Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

Malah, Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente menampilkan 12 pemain dari skuad 26 pemain semasa menentang Laos dan India, pada November lalu.

Kempen kali ini turut menampilkan pemain muda Haqimi Azim Rosli, Fergus Tierney, Najmudin Akmal Kamal Akmal, Daryl Sham George dan Muhammad Abu Khalil.

Muka baharu lain seperti Danial Amier Norhisham, Jimmy Raymond dan Harith Samsuri juga memperkuatkan cabaran barisan Pau Marti tersebut.

Kejuaraan luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meluaskan kumpulan pemain yang layak menyertai skuad negara khasnya Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun depan.

Bagaimanapun, senarai 26 pemain ini masih boleh diubah sebelum pendaftaran akhir 26 pemain untuk kejohanan ini yang perlu dimuktamadkan pada 7 Disember.

Piala ASEAN menyaksikan Malaysia bersaing dalam Kumpulan A bersama-sama juara bertahan, Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor-Leste.

Kumpulan B menampilkan naib juara edisi terdahulu, Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos. Dua pasukan teratas setiap kumpulan ke separuh akhir.

Harimau Malaya dijadualkan melapor diri di Kelana Jaya, Selangor pada Khamis sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.

Anak buah Pau Marti akan menghadapi perlawanan pertama Kumpulan A menentang Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Ahad.

Perlawanan kedua menentang Timor-Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu sebelum ke Bangkok, Thailand bagi perlawanan ketiga menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu.

INFO

PIALA ASEAN 2024

Ahad (8 Disember)

Kemboja lwn Malaysia

(Stadium Olimpik, Phnom Penh)

Rabu (11 Disember)

Malaysia lwn Timor-Leste

(Stadium Nasional, Bukit Jalil)

Sabtu (14 Disember)

Thailand lwn Malaysia

(Stadium Rajamangala, Bangkok)

Jumaat (20 Disember)

Malaysia lwn Singapura

(Stadium Nasional, Bukit Jalil)

NOTA:

Separuh Akhir: Jika Malaysia layak ke separuh akhir perlawanan akan berlangsung secara timbal balik:

Sebagai Juara Kumpulan A:

Jumaat, 27 Disember 2024: Perlawanan di tempat lawan menentang Naib Juara Kumpulan B

Isnin, 30 Disember 2024: Perlawanan tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil

Sebagai Naib Juara Kumpulan A:

Khamis, 26 Disember 2024: Perlawanan tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil

Ahad, 29 Disember 2024: Perlawanan di tempat lawan menentang Juara Kumpulan B

Jadual Final

Perlawanan Final juga akan dilangsungkan secara timbal balik:

Final 1: Khamis, 2 Januari 2025

Final 2: Ahad, 5 Januari 2025



Source link

OR

Scroll to Top