Paula Verhoeven sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi muat naik terbaharunya di Instagram. Model terkenal dan ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi detik indah ketika berada di Belanda.
Baru-baru ini, Paula berkongsi fotonya berlatarkan pemandangan indah di Belanda. Paula menyapa pengikutnya dalam bahasa Belanda, “Goedemorgen! Hoe gaat het met je vandaag?” bermaksud “Selamat pagi! Apa khabar hari ini?”
Muat naik itu serta-merta meraih perhatian ramai setelah terpegun dengan keanggunan Paula yang semakin terserlah.
Paula dikatakan semakin berseri-seri, malah ada yang mengatakan Paula ‘balik kampung’ memandangkan datuknya berasal dari Belanda.
Posting Paula Yang Mesra
Pada 1 Disember 2024, muat naik Paula di Instagram berjaya menarik perhatian ramai. Dalam muat naiknya itu, Paula menyapa pengikutnya dengan mesra sekaligus mewujudkan suasana mesra dan menyeronokkan.
Muat naik itu turut mendapat sambutan luar biasa. Lebih 23 ribu tanda suka dan 190 komen pujian peminat yang mengkagumi karya dan personaliti Paula.
Betapa banyak sokongan yang diperoleh Paula daripada komunitinya. Pujian yang diberikan oleh peminat menggambarkan bahawa mereka menghargai setiap detik yang dikongsi Paula di platform media sosial.
Ruangan Komen Penuh Pujian
Ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan pujian terhadap kecantikan Paula. Ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka dengan ungkapan seperti, “Masha Allah, Kak Paula cantik, sihat selalu.”
Penghargaan terhadap penampilan Paula semakin mencurah-curah. Betapa pesona Paula masih terserlah walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kecantikan dan daya tarikannya berjaya menarik perhatian ramai, mewujudkan interaksi positif di alam siber.
BACA JUGA: “Saya Makan Sebelum Lapar” 6 Rahsia Cantik Semula Jadi PAULA VERHOEVEN
Isu Perceraian
Biarpun berdepan isu perceraiannya dengan aktor Baim Wong, Paula tetap menunjukkan komitmennya terhadap kerjaya dan kehidupan. Kunjungannya ke Belanda adalah bukti jelas profesionalisme serta dedikasinya sebagai seorang ibu dan pekerja.
Walaupun terpaksa membatalkan rancangan membawa dua anaknya iaitu Kiano dan Kenzo, Paula tetap mempamerkan sikap positif. Melalui catatan di media sosial, dia berkongsi semangat dan keyakinannya bahawa dia tetap komited untuk memberikan yang terbaik demi keluarga.
Paula bukan sahaja dikenali sebagai seorang ibu, tetapi juga sebagai seorang profesional yang boleh dipercayai. Keberaniannya untuk terus bekerja di luar negara menunjukkan Paula mampu mengharungi cabaran dengan baik. Ini adalah inspirasi untuk ramai orang yang menghadapi situasi sama.
Biarpun situasi peribadi yang dihadapi agak sukar, Paula tetap cuba mengekalkan keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Komunikasi yang baik dengan anak-anak salah satu kunci untuk menangani perpisahan ini. Dia berazam untuk kekal sebagai figura ibu yang kuat untuk Kiano dan Kenzo.
Catatan Paula di media sosial mencerminkan sikap optimisnya. Dia ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa walaupun dia berdepan perpisahan, kehidupan mesti diteruskan dan impian mesti dikejar.
Paula ‘Balik Kampung’
Belanda memberi makna tersendiri buat Paula kerana datuknya berasal dari negara tersebut. Ia turut menambah nilai sentimental dalam perjalanan hidupnya.
Perjalanan Paula ke Belanda bukan sekadar kunjungan bahkan kesempatan untuk menghubungkan dirinya dengan keluarga. Menggali sejarah keluarga dan memahami budaya yang menjadi sebahagian daripada identitinya.
Download seeNI sekarang!
Berhijab merupakan satu kewajipan bagi setiap wanita Islam. Dalam melakukan suruhan Allah, pastinya ada sahaja masalah yang berlaku. Normallah jika manusia dilanda masalah kan?
Masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan hijabi moody sepanjang hari. Antara semua masalah ini, mana satu yang selalu anda hadapi?
1. Sisa Makanan Melekat Pada Tudung
Ini antara masalah yang selalu terjadi pada hijabi. Bila tengah makan, pasti ada sahaja makanan yang melekat atau terkena pada tudung terutamanya jika anda makan makanan yang berkuah. Tentunya ada sedikit percikan yang akan terkena pada tudung. Bila tudung kotor, secara tidak langsung mood anda pun terus hilang.
2. Kehadiran Tetamu
Ketika anda sedang seronok bersantai dan menonton televisyen di rumah, tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah dan anda perlu menutup kepala anda dengan kadar segera. Makanya, anda hanya menarik apa sahaja kain yang ada berhampiran anda untuk menutup kepala. Ahh, terganggu sungguh rasanya.
3. Kemeja Putih
Ketika sibuk membeli-belah, anda terjumpa kemeja putih yang sangat cantik. Lalu anda pun terus membelinya. Ketika tiba di rumah, baru anda sedar yang kemeja tersebut jarang. Boleh sahaja dipakai, tetapi perlu sarung inner baju terlebih dahulu. Pastinya lebih panas. Aduh, dilema sungguh.
4. Diganggu Lelaki
Siapa kata gadis berhijab terlepas daripada gangguan dan mata-mata nakal lelaki? Pasti ada sahaja lelaki yang mengganggu tidak kira anda berhijab atau tidak. Contohnya diganggu lelaki dengan memberi salam. Memang wajib menjawab salam tetapi kalau niatnya untuk mengacau, bagaimana pula ya?
5. Lupa Berwuduk Setelah Memakai Makeup
Baru sahaja siap pakai makeup tiba-tiba azan pun berkumandang. Aduhai, penat betul rasanya nak buang semula makeup yang dah dipakai tu. Jadi, jangan lupa untuk berwuduk dahulu sebelum anda memakai makeup kalau anda tidak mahu buat kerja dua kali.
6. Rekaan Baju Ditutup Oleh Tudung
Rekaan baju dah cukup cantik dah tetapi ada rekaannya terletak terlalu atas hingga tertutup oleh tudung. Alahai, ruginya rasa. Design dah cantik tetapi tak nampak pula.
Apa pun, sebaiknya anda perlu memakai pakaian yang menutup aurat sesuai dengan imej anda sebagai seorang wanita Islam.
Sumber: cewekbanget.id
Download seeNI sekarang!
Konsert Jelajah Shila Amzah yang dinanti-nantikan, “Journey To The Future”, bakal membuka tirai di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023. Kolaburasi bersama IMC Live Global bakal merantau ke beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Sabah, dan Kuala lumpur, turut ke negara Singapura dan Indonesia.
Tampilkan ‘Shila’ yang baru…
Lagu ‘Path Seribu’ menerima Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19). Pencapaian Shila menaikkan nama negara dalam bidang seni suara menerusi pelbagai persembahan memukau telah melayakkan beliau diktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20).
Artikel berkaitan: “Jika Nak Saya, Harus Terima Saya Seadanya”- Pernah Disuruh Buka Hijab, Shila Amzah Tegas Pendirian & Kekal Istiqomah!
Kehebatan Shila dalam pertandingan realiti nyanyian terbukti selepas beliau menjuarai Asian Wave (2012), sebuah pertandingan realiti nyanyian di Shanghai dan terbaru, menjadi juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022).
Dengan bakat mempersembahkan lagu dalam 10 bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin, Shila berhasil memukau penonton dengan kelantangan dan versatiliti vokalnya. Shila merupakan penyanyi berbangsa Melayu pertama dan satu-satunya yang berjaya menembusi pasaran Mandopop (Pop Mandarin) yang amat kompetitif di China.
“Journey to The Future” mencipta sejarah baharu dalam karier Buah Hati Asia itu kerana ia adalah konsert jelajah pertamanya selepas bergelar ibu pada 2019. Penyanvi berbakat besar itu bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, menyanyi dalam lebin banyak bahasa asing dan menyelitkan tarian dalam persembahannya.
Artikel berkaitan: Pernah Dikecam Di Laman Sosial, Shila Amzah Tak Ambil Kisah & Kekal Positif!
Tiket bole didapati pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi. Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Mira Filza, antara artis muda yang kini semakin mendapat perhatian daripada pengarah kerana bakat lakonan yang cemerlang.
Antara lakonannya yang paling diingati ialah drama bersiri Eksperimen Cinta dan Cinta Si Wedding Planner.
Sebelum itu, beliau adalah model sambilan dan muncul dalam drama televisyen pertamanya Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program Hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk.
Kemudian Mira senyap seketika dalam bidang seni kerana menumpukan perhatian dalam pelajaran. Dia kembali semula setelah selesai pengajian di UTIM dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa.
Mira Filzah, 24 tahun, bukan sahaja beruntung dikurniakan bakat lakonan, tetapi juga memiliki personaliti berhijab dan rupa paras yang cantik. Senyuman manis yang tak lekang dibibirkan membuatkan ramai jatuh hati padanya.
Mira Filzah juga tercalon dan memenangi Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baru MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH) sebagai Artis Baru Wanita Popular.
Jika tiada aral, Mira juga bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York.
Dia akan menyertai New York Modest Couture Fashion Week pada 8 hingga 10 September depan di Amerika Syarikat.
Jika dilihat, Mira antara artis muda yang bijak bergaya dan apa jua Out Fit Of The Day (OOTD) yang digayakan menjadi ikutan pengikutnya.
Mempunyai follower 2.2M di laman instagram, jadi tidak hairanlah setiap kali Mira muat turun gambarnya akan mendapat ‘liker’ cukup tinggi. Malah setiap OOTD yang ditampilkan tidak kiralah untuk majlis rasmi atau aktiviti sosial menyerlahkan sisi gadis yang riang, aktif dan ceria.
Admin nak kongsi antara 15 OOTD yang sering mendapat ‘liker’ tertinggi di laman IGnya. Tidak perlu gaya hijab keterlaluan, hanya dililit ringkas memang sedap mata memandang.
1. #62K
2. #58K
3. #72.8K
4. #53.3K
5. #65K
6. #47K
7. #51.8
8. #46K
9. #81.5K
10. #60.3K
11. #53K
12. #73K
13. #63.9K
14. #72.5K
15. #51.4K
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH
Download seeNI sekarang!