2 minggu kontraktor baiki kerosakan Bangunan Institut Urologi Dan Nefrologi HKL

2 minggu kontraktor baiki kerosakan Bangunan Institut Urologi Dan Nefrologi HKL


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) meninjau kerosakan yang berlaku di Bangunan Institut Urologi Dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Azman Ibrahim berkata, terdapat pelbagai masalah yang berlaku sehingga boleh berlakunya kerosakan di tempat tersebut.

Katanya, masalah utama yang berlaku ialah percambahan kulat akibat daripada kebocoran air yang berlaku.

Justeru itu, beliau memberi tempoh dua minggu kepada kontraktor untuk menyelesaikan kerosakan di bangunan tersebut.

“Beberapa isu lain yang diadukan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur selaku pelanggan turut dilaporkan.

“Pihak kontraktor perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Azman Ibrahim berkata, pemantauan teliti perlu dilaksanakan oleh pihak Jabatan kerja Raya bagi mengelakkan isu sama berulang.

“Untuk rekod, bangunan ini disiapkan pada Ogos 2023 dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 25 September 2023,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top