Ratu rock Ella bakal mengdakan konsert Ogos ini, gabungkan elemen muzik rock dan orkestra.
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ pada 9 Ogos 2024 di Plenary Hall, KLCC.
Penganjur Hitman Solutions dan RockQueen, yang kembali bekerjasama berkongsi informasi mengenai konsert tersebut dalam satu sidang media eksklusif bersama media di Restoran Rumah Nusantara, Hotel Sunway Putra Hotel.
“Bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen adalah satu pengalaman yang amat mengagumkan. Setelah menganjurkan empat konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lalu, kami masih menerima permintaan tinggi daripada para peminat Ella untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di atas pentas.
“Sebagai tanda penghargaan kami mengambil keputusan untuk berkolaborasi sekali lagi demi mencipta satu lagi konsert yang istimewa buat peminat setia Ella.
“Untuk satu malam sahaja, Ratu Rock Malaysia akan mempersembahkan gabungan yang unik-getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra. Kami tidak sabar untuk berkongsi konsert ini dengan semua,” jelas CEO & Pengasas Hitman Solutions.
Kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra ialah pada 2017.
“Saya gabungkan dua perkara, sebuah persembahan yang lebih intim dan masa bersama peminat-peminat tersayang,” kata Ella.
Menurut Ella, JILID ROCKESTRA ELLA kali ini adalah peluang untuk dirinya menerokai gabungan muzik dari album-albumnya yang dipersembahkan secara orkestra.
Jelas Ella lagi, perbezaan konsert yang diadakan sebelum ini dengan JILID ROCKESTRA ELLA ialah gabungan genre rock dengan 15 pemain muzik orkestra profesional.
“Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.
“Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Dato’ Hashridz Murshim Hassim atau Dato’ Acis,” katanya.
Sebagai anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti.
“Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira. Pendek kata ianya ‘rockchic rockestra’.
“Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat.”
Apa yang pasti, ketika konsert nanti pasti ada kejutan dengan artis jemputan yang istimewa.
“Selain artis jemputan, akan ada segmen khas di mana saya akan mendendangkan beberapa buah lagu asli diiringi tarian istimewa.
“Saya tidak mahu kongsi selebihnya kerana malam tersebut bakal menjadi sesuatu yang spectacular. Harapan saya agar konsert ini bakal menjadi kenangan indah buat semua yang hadir,” tutur Ella.
Download seeNI sekarang!
Selepas pemergian Abam Bocey, satu demi satu kebaikan yang selama ini dilakukannya ‘terbongkar.’ Kehilangan arwah dirasai seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan peminat yang akan merindui gelagat dan keletahnya.
Melalui seorang pengguna Facebook, Mohd Afif Abd Aziz bercerita kembali bahawa Allahyarham Abam Bocey menerima tawaran untuk program Islamik berbanding persembahan hiburan ketika menyambut Tahun Baharu 2020.
Innalillahi wainna lillahirojiun
Pertama kali jumpa Abam Bocey di Program Ambang Tahun Baru 2020 di Sri Gombak, sungguh arwah seorang yang sangat baik, ikhlas dan sedikit pun tiada sifat sombong..
Pernah mendengar kisah hidup beliau di program #Disebaliktawa bersama Abam.. penuh liku dan pengajaran buat kita..
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. amiinn..
Screenshoot WS masa nk jemput arwah ke program ambang tahun baru di Gombak.. Dia tolak offer drpd phk lain utk show ambang tahun baru & terima offer kami sbb tak mau dah lagho² program tahun baru di tmpt lain. Terima offer sbb nak program Islamic!
Untuk rekod Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin lalu selepas beberapa hari demam dan sakit kepala. Dalam kumpulan Bocey, selain Abam, ia turut dianggotai Fad dan Acey.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28 pada 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Al-Fatihah.
Takziah buat keluarga arwah.
Sumber kredit: Mohd Afif Abd Aziz, Acheykintangkintung dan fadbocey
Download seeNI sekarang!
Sekarang ini dekat mana-mana sahaja mesti kita nampak orang buat #kekechallenge kan? Tidak kiralah di Instagram, Facebook mahupun Twitter, kita mesti akan nampak video tarian ini. Mengenai hukumnya dari segi Islam, banyak juga personaliti dakwah yang telah memberikan pendapat dan nasihat mereka mengenai hal ini. Jom kita dengar nasihat daripada Pencetus Ummah Azman ataupun lebih dikenali sebagai PU Azman.
Cool betul PU Azman ini. Nak buat #kekechallenge jugak ke tu ?
Menerusi videonya yang telah mendapat lebih sejuta tontonan, beliau menjelaskan kepada semua bahawa jika kaum wanita ingin membuat #kekechallenge, jangan memuat naik video itu di mana-mana laman sosial media. Nanti pahala kita pula yang terkikis jika dilihat oleh bukan mahram.
Tambahnya lagi, jangan lupa tutup kereta selepas keluar daripada kereta itu. Nanti gelabah pulak orang lalu lalang yang melihatnya.
Walaupun disampaikan secara santai, namun mendalam betul nasihat yang diberikan oleh PU Azman ini. Pandai pulak tu dia bergurau! Semoga nasihatnya ini dijadikan panduan bagi hijabi semua sebelum melakukan apa-apa tindakan ya.
Download seeNI sekarang!