Ramai puji keyakinan tinggi Vida ketika pembentangan di London

Ramai puji keyakinan tinggi Vida ketika pembentangan di London


Kuala Lumpur: Usahawan Datuk Seri Vida, 54, meraih pujian ramai selepas berkongsi videonya melakukan pembentangan di hadapan pelajar dan pensyarah di London University, baru-baru ini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memberitahu dia perlu melakukan pembentangan untuk subjek perniagaan. Topik yang dibentangkannya adalah mengenai pelancaran produk baharu.

“Ini adalah pembentangan saya di London University untuk kelas Pengajian Perniagaan. Salah satu tugasan yang perlu dibentangkan adalah mengenai pelancaran produk baharu.

“Kes kajian kali ini adalah mengenai jam tangan. Janji kena yakin ya!” katanya.

Pembentangannya itu turut mendapat sokongan puteri kesayangannya, Cik B yang kelihatan dalam video terbabit.

Rata-rata komen diterimanya menyentuh mengenai tahap keyakinan tingginya melunaskan pembentangan itu. Ramai kagum melihat kesungguhanmya.

Bahkan, ramai berpendapat tahap keyakinan Vida perlu dijadikan contoh buat anak muda pada masa kini.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top