Kerajaan negeri serah geran hakmilik tanah kepada 50 penduduk Bachok

Kerajaan negeri serah geran hakmilik tanah kepada 50 penduduk Bachok



am@hmetro.com.my

Bachok: Kerajaan negeri meluluskan permohonan 50 penduduk untuk mendapatkan geran hakmilik tanah di daerah ini dan ia disampaikan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika merasmikan Bandar Baru Jelawat, di sini, pagi tadi.

Penerima, Mohd Rapi Mat Hassan, 58, berkata, dia bersyukur kerana kerajaan negeri memberi kelulusan untuknya memilik geran tanah di tapak rumahnya yang didirikan menerusi projek rumah rakyat miskin Kelantan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Katanya, rumah yang dihuninya bersama isteri, Zaila Mat Rashid, 48, serta empat anak mereka dibina pada 2014.

“Syukur dan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri di atas kelulusan pemberian geran ini,” katanya yang bekerja sebagai nelayan.

Bagi Kamariah Seman, 60, dia bersyukur kerana permohonan untuk menukar status tanahnya daripada sektor pertanian kepada kediaman akhirnya diluluskan.

“Dengan pengesahan ini, saya boleh gunakan geran tanah baru untuk anak-anak membina rumah di masa depan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nassuruddin ketika berucap berharap penerima geran dapat memanfaatkan pemberian berkenaan sebaiknya.

“Gunakan sebaiknya untuk diri dan keluarga. Anggap hakmilik geran ini sebagai amanah,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top