Cklamovski memberi sepenuh tumpuan kepada penyediaan pasukan Harimau Malaya yang mantap apabila membuka gelanggang Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.
PENGENDALI baharu skuad negara, Peter Cklamovski memberi sepenuh tumpuan kepada penyediaan pasukan Harimau Malaya yang mantap apabila membuka gelanggang Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.
Malah, Cklamovski menyifatkan keputusan positif berdepan Nepal sebagai satu misi wajib dalam menyuntik tonik permulaan sebelum berdepan dua lawan lagi Laos dan pasukan pilihan Raja Bolasepak ASEAN, Vietnam.
KUMPULAN F KELAYAKAN PIALA ASIA 2027
Jelasnya, fokus utama sekarang menyediakan skuad dengan persiapan yang betul supaya pasukan dapat mencapai prestasi terbaik serta memperoleh keputusan positif berdepan Nepal.
“Saya mahu membentuk pasukan yang kuat dan bersatu dengan semua 11 pemain atas padang memainkan peranan penting masing-masing.
“Kami akan bekerja keras setiap hari untuk memperbaiki pasukan dan setiap pemain secara individu. Pasukan akan menjadi lebih kuat dengan peningkatan ini.
“Kami tidak akan bergantung kepada seorang pemain sahaja. Siapa sahaja yang memakai jersi Harimau Malaya perlu mewakilinya dengan penuh penghormatan, komitmen, kebanggaan dan semangat,” katanya.