Liverpool enggan terbawa-bawa kemenangan di Bournemouth

Liverpool enggan terbawa-bawa kemenangan di Bournemouth


Salah meledak dua gol di Bournemouth. – Foto Agensi

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot enggan berfikir terlalu jauh ke hadapan biarpun The Reds gah memimpin saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki 15 perlawanan selepas menewaskan Bournemouth, 2-0 di Stadium Vitality pada Ahad.

Mohamed Salah menghadiahkan tiga mata buat Liverpool menerusi jaringan penalti minit ke-30 diikuti gol minit ke-75 untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan 56 mata sambil diekori Arsenal (47 mata) dan Nottingham Forest (47 mata).

Jaringan Salah juga membolehkan penyerang Mesir itu menduduki tempat keenam dalam senarai penjaring sepanjang masa Liga Perdana Inggeris mengatasi Frank Lampard dengan 178 gol.

Di sebalik kemenangan ke-17 selepas mengharungi 23 perlawanan itu, Slot mengakui kagum ketabahan Reds ketika berdepan antara lawan paling getir musim ini selepas tewas kepada PSV Eindhoven dalam aksi Liga Juara-Juara, 30 Januari lalu.

“Apa yang saya mahu daripada mereka ialah bertarung dalam setiap perlawanan dari detik pertama hingga detik terakhir untuk mendapatkan keputusan maksimum.

“Malah itu juga yang diharapkan penyokong-penyokong kelab ini,” katanya.

LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Nottingham Forest 7-0 Brighton

Newcastle United 1-2 Fulham

Everton 4-0 Leicester City

Ipswich Town 1-2 Southampton

Bournemouth 0-2 Liverpool

Wolverhampton 2-0 Aston Villa



Source link

OR

Scroll to Top