Willian kembali sertai Fulham bagi baki saingan liga musim ini. Foto Agensi
BEKAS pemain antarabangsa Brazil, Willian telah menyertai semula Fulham sehingga akhir musim, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis.
Bekas pemain Arsenal dan Chelsea itu meninggalkan Fulham pada Ogos selepas dua tahun di kelab itu.
Dia berpindah ke kelab gergasi liga Greece, Olympiacos pada September sebelum menjadi ejen percuma pada Januari.
“Saya sangat gembira dapat kembali ke sini. Saya bermotivasi sepenuhnya untuk naik ke padang dan melakukan perkara yang baik untuk kelab ini,” kata Willian yang berusia 36 tahun.
Willian, yang bermain sebagai pemain sayap kiri atau pemain tengah menyerang, membuat 58 penampilan Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya di Fulham.
Sepanjang tempoh itu Willian juga telah menjaringkan sebanyak sembilan gol.
Fulham akan membuka gelanggang pusingan keempat Piala FA menentang Wigan Athletic di Stadium Komuniti The Brick pada Sabtu.
PIALA FA
Pusingan Keempat
SABTU (8 FEBRUARI)
Manchester United lwn Leicester City, 4 pagi
Leyton Orient lwn Manchester City, 8.15 malam
Leeds United lwn Millwall, 8.15 malam
Coventry City lwn Ipswich Town, 11 malam
Preston North End lwn Wycombe, 11 malam
Stoke City lwn Cardiff City, 11 malam
Southampton lwn Burnley, 11 malam
Everton lwn Bournemouth, 11 malam
Wigan Athletic lwn Fulham, 11 malam