Fulham humban juara bertahan United keluar Piala FA

Fulham humban juara bertahan United keluar Piala FA


Leno dirai pemain Fulham selepas muncul wira Cottagers ketika menyingkirkan United dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA di Old Trafford pada Isnin. Foto: Agensi

MIMPI Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musnah apabila disingkirkan Fulham dalam pusingan kelima menerusi penentuan sepakan penalti yang mendebarkan di Old Trafford.

Perlawanan disaksikan puluhan ribu penyokong setia The Red Devils itu berkesudahan seri 1-1 selepas masa tambahan, sebelum Fulham melakar kemenangan 4-3 menerusi sepakan penalti.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah pemain dan penyokong United apabila penjaga gol Fulham, Bernd Leno, berjaya menyelamatkan sepakan penalti Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee.

Penyelamat cemerlang Leno itu memastikan Fulham mara ke suku akhir, sekali gus menamatkan kempen Piala FA United kendalian Ruben Amorim pada musim ini.

United bergelut untuk menembusi benteng pertahanan Fulham bimbingan Marco Silva yang kental sepanjang perlawanan berkenaan.

Mereka ketinggalan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Calvin Bassey minit ke-46 hasil sepakan sudut Andreas Pereira.

Namun, kapten United, Bruno Fernandes, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 menerusi rembatan kaki kiri yang menewaskan Leno.

Perlawanan berlangsung sengit itu terpaksa diheret ke masa tambahan, namun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan.

Penentuan sepakan penalti penuh dramatik akhirnya menjadi penentu nasib penjaga gol United, Andre Onana.

Kegagalan Lindelof dan Zirkzee menyempurnakan sepakan penalti memastikan The Cottagers melakar kemenangan bersejarah, sekali gus menambah derita United pada musim ini.



Source link

OR

Scroll to Top