KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat melaksanakan bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi membawa seorang pesakit kritikal semalam.
Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, pesakit yang berusia lima tahun itu memerlukan rawatan segera dari Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi dan dibawa ke Hospital Kudat.
“Mohammad Ahnaf Abdullah disahkan mengalami kecederaan serius di kepala hingga menyebabkan pendarahan dan keretakan tengkorak kepala akibat kemalangan dan perlu segera dikejarkan ke Hospital Kudat.
“Mangsa telah diiringi ibunya dan seorang staf kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat sekitar jam 3.05 petang, seterusny dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, kanak-kanak terbabit kini dilaporkan masih mendapatkan rawatan lanjut oleh pakar yang berkaitan sehingga keadaanya kembali stabil.
Terdahulu, Maurice berkata, aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot ADAL 03 telah menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit sekitar pukul 2 petang. – . . dan sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut.
“Orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” – MalaysiaGazette