“KITA main sangat teruk, memang prestasi kita tidak berapa bagus dan drop.”
Itu reaksi pemain badminton beregu campuran negara Toh Ee Wei, dipetik Astro Arena selepas beliau dan Chen Tang Jie ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama Seluruh England Super 1000 pada Rabu.
Pasangan Malaysia diletakkan pilihan kedua itu gagal menampilkan prestasi terbaik apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja, 18-21, 22-20, 21-11, dalam masa 65 minit.
Rehan-Gloria pula yang baru digandingkan tahun ini ternyata konsisten menampilkan prestasi cemerlang dengan status naib juara Terbuka Jerman dan Orleans Masters.
Cabaran negara dalam acara beregu campuran kini digalas pasangan ranking ketiga dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, yang akan berdepan wakil Scotland, Alexander Dunn-Julie MacPherson di pusingan kedua.