Pearly-Thinaah bergelut sebelum mara di Birmingham

Pearly-Thinaah bergelut sebelum mara di Birmingham


Pearly-Thinaah menempah slot Pusingan Kedua Seluruh England Super 1000.

PASANGAN beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menempah slot Pusingan Kedua Seluruh England Super 1000 di Utilita Arena, Birmingham pada Rabu.

Bagaimanapun pilihan kelima kejohanan itu terpaksa mengharungi detik cemas pada awal perlawanan sebelum menjinakkan cabaran Teng Chun-hsun-Yang Chu-yun dari Taiwan.

Pertarungan sengit selama 51 minit, Pearly-Thinaah menunjukkan semangat juang tinggi menewaskan pasangan ke-55 dunia biarpun bermula langkah kiri setelah kurang fokus untuk lawan menang set pertama 21-19.

Set kedua Pearly-Thinaah bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-15 sebelum melebarkan kutipan mata selepas itu untuk kemenangan 21-13.

Cabaran lebih besar menanti Pearly-Thinaah apabila akan berdepan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Ramadhanti dalam pusingan kedua.

Pasangan Indonesia itu berjaya menewaskan pasangan Taiwan, Hsu Yin-hui-Lin Jhih-yun, dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan, 17-21, 22-20, 21-19.



Source link

OR

Scroll to Top