PSKLM belanja hampir RM 1.6 juta untuk program CSR sejak 2011

PSKLM belanja hampir RM 1.6 juta untuk program CSR sejak 2011


PETALING JAYA:  Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) membelanjakan hampir RM 1.6 juta untuk program Tanggungjawab Korporat Sosial ini (CSR) sejak 2011.

Presidennya, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi berkata, obligasi CSR akan diteruskan pada masa akan datang menerusi pelbagai segmen CSR.

Kata beliau, , PSKLM telah membelanjakan hampir RM1.9 juta untuk tujuan sumbangan dan inisiatif CSR kepada pelbagai penerima di seluruh Malaysia sejak dari tahun 2011.

“Penyaluran sumbangan daripada semua syarikat konsesi lebuh raya telah dilaksanakan termasuk untuk bantuan persekolahan, bantuan pasca banjir, program sukan, sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan Tabung Covid 19 serta perayaan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menambah bahawa jumlah sumbangan PSKLM adalah hasil sumbangan adalah daripada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Baru-baru ini, PSKLM menganjurkan Program Ihya’ Ramadan bagi memberi sumbangan kepada tiga buah badan kebajikan dan sekolah. 

Ia antara lain bertujuan bagi menyampaikan dana sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap penerima untuk membantu mengisi dana operasi serta menampung keperluan harian. 

Badan kebajikan dan sekolah yang terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Sepang, Selangor, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Kuala Lumpur dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top