Barcelona, Real Madrid tentukan juara Piala Raja Sepanyol

Barcelona, Real Madrid tentukan juara Piala Raja Sepanyol


Torres pastikan kemenangan Barcelona ke atas Atletico di Stadium Riyadh Air Metropolitano pada Khamis.

GERGASI La Liga, Barcelona mengesahkan slot perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol, menentang seteru tradisi Real Madrid di Stadium de La Cartuja, hujung bulan ini selepas menyingkirkan Atletico Madrid di Stadium Riyadh Air Metropolitano pada Khamis.

Kemenangan 1-0 hasil jaringan separuh masa pertama Ferran Torres membolehkan anak buah Hansi Flick melengkapkan kemenangan agregat 5-4, selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam perlawanan separuh akhir pertama sebelum ini.

“Kemenangan di sini sudah terasa hebat, jadi anda boleh bayangkan menjaringkan gol kemenangan yang menempah tiket pasukan ke perlawanan akhir.

“Perlawanan ini ibarat satu peperangan, dengan slot final menjadi taruhan. Kami melakukan segala yang mampu dan berpeluang untuk meraih kemenangan untuk menempatkan pasukan ke final,” kata Torres.

Real Madrid sebelum itu bangkit mengikat Real Sociedad 4-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua mendebarkan pada Rabu untuk kemenangan agregat 5-4.

Pentas perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol musim ini juga bakal menyaksikan pertembungan Clasico antara Real dan Barca, sesuatu yang tidak berlaku lebih sedekad.



Source link

OR

Scroll to Top