KUALA LUMPUR: Mercu tanda kebanggaan Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) kini memperkenalkan standard baharu kepada kehidupan urban di tengah-tengah ibu kota Malaysia menerusi TRX Residences.
Sebagai sebahagian daripada Daerah Perniagaan Pusat (CBD) baharu Kuala Lumpur, kediaman ini menawarkan kemudahan bertaraf dunia di lokasi yang strategik dengan menerapkan komitmen yang teguh terhadap kelestarian.
Bertujuan memberikan pengalaman kehidupan yang serba lengkap, TRX Residences bukan sahaja menawarkan kediaman yang selesa, malah menjadi simbol gaya hidup moden yang menyeluruh.
Penuhi keperluan penghuni
Kemudahan TRX Residences yang memenuhi keluasan 90,000 kaki persegi dirancang rapi bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup penghuni.
Kemudahan ini merangkumi ruang bagi aktiviti keluarga, aktiviti kecergasan, minat peribadi serta kepelbagaian gaya hidup.
Sebagai contoh, mereka yang ingin memulakan langkah gaya hidup sihat boleh memanfaatkan Gimnasium Co-active yang sesuai digunakan bagi tujuan senaman secara santai.
Kemudahan ini dilengkapi dengan peralatan canggih daripada pembekal rasmi peralatan gimnasium Olimpik, Technogym.
Tidak terhenti di situ, bilik persalinan yang dilengkapi bilik wap multi-sensori turut menawarkan terapi cahaya, aromaterapi, muzik dan wap bagi melengkapkan lagi fasiliti ini.
Kemudahan teknologi seperti stesen pengecasan tanpa wayar di dalam loker dan pada peralatan kardio turut tersedia bagi memastikan keselesaan maksima kepada pengguna.
Bagi mereka yang aktif bersukan pula, fasiliti Gimnasium Metcon menawarkan pengalaman yang lebih intensif dengan peralatan unik seperti ‘MyBeast’ dari Itali.
Ia adalah satu-satunya gimnasium di Malaysia yang dilengkapi dengan peralatan tersebut.
Alat ini menggabungkan reka bentuk mewah dengan fungsi optimum bagi latihan kalistenik dan kekuatan.
Terletak di tingkat 29, fasiliti ini menyediakan pemandangan menakjubkan bandar Kuala Lumpur berlatarbelakangkan gunung-ganang, menjadikannya tempat latihan yang penuh inspirasi.
Di samping itu, TRX Residences turut dilengkapi Fitness Studio yang direka khas bagi memuatkan penggemar seni tarian serta ruang yoga udara dengan palang menggantung buaian hammock, membolehkan penghuni menikmati pengalaman senaman yang unik.
Studio ini dilengkapi terapi cahaya, membolehkan penghuni memilih warna pencahayaan yang sesuai dengan suasana senaman mereka, memberikan fleksibiliti dan keselesaan maksimum.
Fokus pembangunan komuniti
Pembinaan TRX Residences turut memberi fokus kepada aspek pembangunan komuniti melalui penyediaan pelbagai ruang interaksi bagi memupuk hubungan bermakna antara penghuni.
Antaranya termasuk penyediaan Media Room kedap bunyi yang berfungsi sebagai ruang menikmati tayangan wayang ataupun nyanyian karaoke, sementara Games Room menyediakan kelengkapan seperti PlayStation 5, permainan realiti maya dan set-set permainan kad dan papan.
Bagi keselesaan kanak-kanak, terdapat Indoor Play Area yang menggabungkan permainan tradisional dan digital dengan elemen interaktif.
Selain itu, terdapat juga ruang interaksi seperti Conservatory, Sky Bar dan Residents’ Lounge yang menawarkan pemandangan TRX City Park serta panorama bandar Kuala Lumpur.
Bagi tujuan majlis keramaian atau makan malam pula, TRX Residences menyediakan Private Dining Room manakala Private Living Room dengan siling berketinggian dua tingkat sesuai digunakan bagi tujuan majlis eksklusif.
Kehidupan urban bertaraf dunia
Sejak awal pembinaannya, TRX Residences didorong oleh visi untuk mencipta kehidupan urban integrasi bertaraf dunia.
Visi ini diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila projek ini memenangi empat anugerah berprestij di PropertyGuru Asia Property Awards Malaysia 2024, termasuk Best Luxury High-Rise Development (Central), Best High-Rise Architectural Design dan Sustainable Design Champion.
Penghormatan tertinggi sebagai Best High-Rise Development (Malaysia) turut membuktikan dedikasi TRX Residences terhadap inovasi dan kesempurnaan, menjadikannya peneraju dalam mendefinisikan semula kehidupan urban.
TRX Residences bukan sahaja bangunan kediaman, malah gaya hidup yang menawarkan keseimbangan antara kemewahan, kemudahan dan kelestarian.
Dengan lokasi strategiknya di pusat bandar dan fasiliti yang direka secara holistik, kediaman ini adalah destinasi unggul bagi mereka yang menginginkan gaya hidup moden bertaraf dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai TRX Residences, hubungi talian +603 2385 9800 atau emel ke sales@trxresidences.my.
Juga, layari laman sesawang TRX Residences hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd