LA 2028 tanpa kelibat Simone

LA 2028 tanpa kelibat Simone


Paris: Simone Biles, gimnas paling berjaya dalam sejarah, menyatakan bahawa dia masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai temasya Olimpik di tanah airnya, Los Angeles, 2028.

Simone meraih pingat emas dalam acara berpasukan, all-around dan melombol pada Sukan Olimpik Paris 2024, menandakan kemunculan semula yang cemerlang tiga tahun selepas menarik diri daripada beberapa acara di Olimpik Tokyo.

Namun begitu, dia mengakui bahawa pengalaman di Paris memberikan kesan fizikal dan emosi yang besar kepadanya.

“Banyak yang saya capai dalam sukan ini. Untuk saya kembali lagi, saya perlu benar-benar teruja dengannya,” kata Simone yang memenangi tujuh pingat emas Olimpik secara keseluruhan.

“Anda mungkin akan katakan bahawa prospek Olimpik di Los Angeles sangat menarik. Dan saya akan berada di sana, sama ada di atas peralatan atau di tempat duduk penonton saya masih belum membuat keputusan.

“Tahun 2028 kelihatan sangat jauh. Dan tubuh saya semakin dimamah usia. Saya merasainya di Paris. Selepas tamat pertandingan, saya pulang ke perkampungan sukan, naik lif, dan tubuh saya benar-benar rebah saya jatuh sakit selama 10 hari…”

“Jadi, sejujurnya, saya tidak tahu. Kita akan lihat nanti,” tambah gimnas berusia 28 tahun itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top