Fadhli pernah tewas bersama JDT, mahu juara dengan Sri Pahang

Fadhli pernah tewas bersama JDT, mahu juara dengan Sri Pahang


firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kehebatan Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya tidak dapat digugat, namun ia bukan alasan untuk pemain Sri Pahang FC mengibar bendera putih lebih awal.

Ketua pasukan Tok Gajah, Mohammad Fadhli Shas berkata, aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok harus dimanfaatkan sebaiknya oleh rakan sepasukan.

Jelasnya, reputasi skuad Harimau Selatan sememangnya hebat, tetapi barisan pemain Sri Pahang tidak boleh membiarkan rasa rendah diri menghalang misi mereka di pentas akhir itu nanti.

“Kami tahu kemampuan pasukan kami dan akan turun dengan penuh fokus, ikut segala taktikal jurulatih, dan berikan yang terbaik,” katanya pada sidang media praperlawanan di SNBJ, hari ini.

Fadhli yang pernah mewakili JDT ketika tumpas di final Piala Malaysia pada 2014 kepada Pahang, bertekad untuk membawa semangat itu sekali lagi buat Sri Pahang mengulangi pencapaian itu.

“Ia satu pengalaman yang saya takkan lupa. Pentas final sama tapi pasukan berbeza.

“Perasaan saya sangat teruja dan saya harap esok kami akan dapat berikan yang terbaik.

“Setiap pemain kalau final itu semangat itu memang sudah ada. Cuma kita nakkan berjuang dengan tanpa putus asa pada malam esok dan berikan aksi terbaik,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top