Tiga rakan mangsa tembak di Kuching dibebas dengan bon mahkamah

Tiga rakan mangsa tembak di Kuching dibebas dengan bon mahkamah


am@hmetro.com.my

Kuching: Tiga daripada enam lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden tembak mati di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa, 26 April lalu, dibebaskan dengan bon mahkamah hari ini.

Tiga lelaki terbabit adalah rakan mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.

Berikutan itu, tiga lagi lelaki yang menaiki kereta bersama suspek yang melepaskan tembakan masih ditahan reman sehingga Ahad ini.

Pada 28 April lalu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching, Heng Yi Min, membenarkan semua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun itu direman antara empat hingga tujuh hari bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 5.30 pagi 26 April lalu, anggota di Balai Polis Batu Kawa dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang membawa mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam kereta Perodua Myvi.

Dua lelaki terbabit memaklumkan rakan mereka itu terkena tembakan ketika mereka melalui Jalan Stephen Yong di Batu Kawa.

Pemeriksaan mendapati mangsa terkena dua das tembakan masing-masing di kepala dan lengan kanan.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan dan menahan enam suspek termasuk seorang anggota polis dari Bukit Aman yang sedang bercuti.

Mohd Irwan berkata, turut dirampas sebuah kereta dan sepucuk pistol berserta 10 butir peluru.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top