Tang Jie-Wen Tse kandas separuh akhir Terbuka Taiwan

Tang Jie-Wen Tse kandas separuh akhir Terbuka Taiwan


ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia di Terbuka Taiwan berakhir selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, gagal melangkah ke final selepas tewas 11-21, 15-21 kepada gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Taipei Arena, hari ini.

Walaupun terkandas, prestasi ditampilkan pasangan negara ini wajar dipuji memandangkan kejohanan ini adalah yang pertama bagi mereka sejak digandingkan bersama pada bulan lalu.

Aksi mereka di gelanggang menunjukkan semangat juang yang tinggi dan keserasian yang semakin meningkat, meskipun gagal untuk merealisasikan impian mara ke final.

Walaupun gagal di Taiwan, Tang Jie-Wen Tse tidak akan beraksi pada Terbuka Thailand yang bakal berlangsung di Patumwan dari 13 hingga 18 Mei ini.

Namun, mereka akan kembali menggalas cabaran negara pada Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 20 hingga 25 Mei nanti.

Selepas Masters Malaysia, Tang Jie akan kembali bergandingan dengan Toh Ee Wei bagi menghadapi saingan Terbuka Singapura.

Gandingan ini dibentuk semula selepas Tang Jie dan Ee Wei dipisahkan sementara waktu kerana masalah persefahaman, dengan Ee Wei digandingkan dengan Loo Bing Kun.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top