Elak pandang remeh cabaran India di separuh akhir Piala Asia

Elak pandang remeh cabaran India di separuh akhir Piala Asia


Double negara akan berdepan India dalam saingan separuh akhir Piala Asia di Stadium Titiwangsa pada Isnin. Foto FB PSM

GANDINGAN beregu negara akan mengerah segala kudrat dalam aksi separuh akhir Piala Asia Kuala Lumpur 2025 menentang India di Stadium Titiwangsa pada Isnin.

Malah, saingan tersebut boleh dianggap sebagai misi hidup atau mati bagi meraih slot ke pentas final.

Beregu negara yang dibarisi Noraizat Nordin, Aidil Aiman Azwawi dan Redwan Hakim Muhammad mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Taiwan 2-0 sebentar tadi.

Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia muncul naib juara Kumpulan B di belakang Thailand, manakala India pula mengetuai Kumpulan A mengatasi Indonesia.

Noraizat bersama rakan sepasukan bertekad memberikan yang terbaik untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Malah, beliau turut mengingatkan pasukannya agar tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh memerangkap mereka sendiri.

“Tak boleh buat silap seperti ‘first ball’ dan servis. Kita akan cuba yang terbaik untuk layak ke final,” katanya.

Malaysia sebelum itu menewaskan Taiwan 15-11, 17-14 pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada Ahad.

Mengulas mengenai aksi menentang Taiwan, Noraizat menjelaskan kekalahan kepada Thailand sebelum ini masih memberi kesan dari segi mental dan fizikal, namun mereka tekad untuk bangkit dalam saingan separuh akhir.

“Alhamdulillah dapat menang ke atas Taiwan, tetapi aksi hari ini agak menurun kerana kami sudah beri yang terbaik semalam (Sabtu). Sakit badan masih terasa.

“Namun itu bukan alasan. Mungkin ada sedikit kesilapan dan mereka (Taiwan) banyak melakukan hadangan. Kami ambil itu sebagai iktibar,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top