Anlene CholestoPro bantu rakyat Malaysia jaga kolesterol, tulang

Anlene CholestoPro bantu rakyat Malaysia jaga kolesterol, tulang


KUALA LUMPUR: Hampir satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami kolesterol tinggi, namun lebih separuh tidak menyedari keadaan itu kerana tiada gejala awal, menjadikannya antara ‘pembunuh senyap’ utama yang boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Walaupun masalah itu semakin membimbangkan, kesedaran untuk menjalani pemeriksaan atau mengubah gaya hidup masih rendah, terutama dalam kalangan individu berusia 35 tahun ke atas.

Sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pencegahan awal, Anlene memperkenalkan Anlene CholestoPro, produk baharu yang diformulasikan dengan Dwi Aksi, iaitu kombinasi nutrien bagi menyokong kedua-dua tahap kolesterol optima dan tulang, sendi, otot untuk pergerakan aktif. 

Ini kerana penjagaan kolesterol dan pergerakan aktif adalah sama-sama penting untuk menjalankan gaya hidup yang sihat. 

Pengambilan dua gelas susu Anlene CholestoPro setiap hari mengandungi 1.2 gram sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik mampu menurunkan paras kolesterol, selain membekalkan 100 peratus keperluan kalsium dan vitamin D harian, serta nutrien tambahan seperti protein, kolagen dan vitamin C.

Pengambilan dua gelas sehari secara konsisten mampu membantu mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik, khususnya dalam kalangan golongan dewasa yang berisiko.

Sempena pelancaran CholestoPro, Anlene turut menjalankan siri program jelajah kesihatan di lokasi terpilih seluruh negara sehingga Julai 2025. 

Pengunjung boleh menjalani ujian kolesterol, imbasan tulang dan kekuatan otot secara percuma bagi mengetahui status kesihatan masing-masing.

Gabungan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif disaran sebagai pendekatan paling berkesan untuk mengurus kolesterol dan mengekalkan kesihatan menyeluruh, terutama bagi mereka yang mula memasuki usia pertengahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Anlene di https://www.anlene.com/my/en/mobility-check.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top