Polis Taiping cekap tangkap pencuri kabel

Polis Taiping cekap tangkap pencuri kabel


am@hmetro.com.my

Taiping: Sembilan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menerima sijil penghargaan disampaikan Telekom Malaysia (TM) atas kejayaan menyelesaikan 37 kes kecurian kabel membabitkan kerugian mencecah RM580,000.

Pengurus Keselamatan TM Perak, Rosidah Aripin berkata, TM turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 bagi setiap kes yang berjaya diselesaikan sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkuasa dan orang awam dalam membantu membanteras jenayah kecurian kabel.

Menurutnya penghargaan itu sebagai pengiktirafan kepada usaha mereka dalam membantu mencegah kecurian kabel yang menjejaskan perkhidmatan kami.

“Inisiatif ini akan diteruskan secara berperingkat dari masa ke semasa bergantung kepada kes yang berjaya diselesaikan.

“Penilaian teliti akan dilakukan terhadap setiap permohonan termasuk dokumentasi lengkap berkaitan tangkapan dan pertuduhan sebelum sebarang sumbangan disalurkan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan IPD Taiping di sini, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, kejayaan besar yang dicapai JSJ Taiping adalah hasil siasatan rapi yang membawa kepada penahanan lapan individu warga tempatan.

“Suspek dipercayai terbabit secara langsung dalam sindiket kecurian kabel TM di sekitar daerah Larut Matang.

“Sebanyak 37 kes berjaya diselesaikan hasil siasatan dan operasi berterusan sejak tahun lalu. Sumbangan dan penghargaan daripada pihak TM ini turut membakar semangat warga IPD untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top