Pertembungan Sepanyol, Portugal di final Liga Negara-Negara

Pertembungan Sepanyol, Portugal di final Liga Negara-Negara


Yamal (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika bertemu Perancis. Foto AFP

DUA bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal dan Nico Williams mempamerkan aksi memukau apabila membantu La Roja menewaskan Perancis 5-4 dalam perlawanan penuh dramatik di Stuttgart pada Jumaat sekali gus layak ke final Liga Negara-Negara menentang Portugal.

Yamal berjaya meledak dua gol manakala Williams turut mencetak nama sebagai penjaring serta mencipta satu bantuan jaringan.

Selain itu, Mikel Merino dan Pedri turut menyumbang gol buat juara Euro 2024 itu.

Walaupun Kylian Mbappe menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua, Sepanyol ketika itu sudah pun mendahului 5-1 sebelum Perancis bangkit mengejut ketika lawan mula mengendurkan permainan.

Tiga gol lewat Perancis iaitu rembatan jarak jauh Rayan Cherki, gol sendiri Sepanyol, dan tandukan Randal Kolo Muani pada masa kecederaan gagal menyelamatkan mereka.

“Ia satu perlawanan yang hebat pada akhirnya memang agak mendebarkan, tapi kami bermain dengan sangat baik,” kata Yamal.

Sepanyol berjaya mara ke final menentang Cristiano Ronaldo di Munich pada Isnin ini, manakala Perancis akan menentang tuan rumah Jerman di Stuttgart dalam perebutan tempat ketiga pada hari yang sama.



Source link

OR

Scroll to Top