Serang pengadil boleh dipenjara

Serang pengadil boleh dipenjara


Alfonzetti (dua dari kanan) di Stadio Olimpico sebagai tanda solidariti terhadapnya susulan insiden di Sicily. Foto: Agensi

HUKUMAN penjara menanti individu yang melakukan keganasan terhadap pengadil perlawanan di Itali.

Kerajaan Itali meminda kanun keseksaan negara itu bagi memberikan perlindungan undang-undang kepada pengadil perlawanan seperti diperoleh pegawai polis dan pegawai awam lain.

Penggubalan undang-undang itu menyusul berikutan peningkatan kes serangan terhadap pengadil menyaksikan pelaku kini boleh dikenakan hukuman yang jauh lebih berat bagi tindakan menolak, memukul, atau mengancam pengadil perlawanan.

“Sukan adalah berkenaan kesetiaan dan perkongsian. Mereka yang tidak menerimanya diberi amaran: mulai esok, tingkah laku ganas dan pencerobohan terhadap pengadil akan dihukum tanpa berlengah, malah dengan hukuman penjara,” kata Menteri Muda Kehakiman, Andrea Ostellari.

Kerajaan Itali sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pengadil Bola Sepak Itali (ISRA) sejak Disember lalu.

Peningkatan kes terhadap golongan itu menyaksikan pengadil Serie A memakai calitan hitam pada pipi semasa perlawanan sebagai tanda protes.

Musim lalu, pengadil berusia 19 tahun, Diego Alfonzetti, diserang semasa bertugas bagi perlawanan remaja di Sicily.

Alfonzetti kemudiannya dijemput ke padang di Stadio Olimpico sebagai tanda solidariti untuk perlawanan derbi Lazio dan Roma pada Mac.



Source link

OR

Scroll to Top